NoTapis: Selama 25 tahun hidup, saya tak ada sebarang kerakyatan. Sekarang baru ada harapan...
Published on 18 Oct, 2024
Seumur hidupnya, beliau tidak pernah memiliki sebarang kewarganegaraan, meskipun telah menetap di Singapura sejak lahir. Namun, kini Encik Ricqo Rafiezuwan, 25 tahun, menerima berita bahawa ada harapan untuk beliau menjadi warga Singapura secara rasmi. Encik Ricqo merupakan antara 853 orang tanpa kewarganegaraan yang tinggal di Singapura pada 31 Dis 2023.
Dalam episod podcast NoTapis kali ini, Encik Ricqo berkongsi bagaimana beliau menjalani kehidupan di Singapura tanpa IC atau kad pengenalan serta usahanya cuba mendapatkan kewarganegaraan di sini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.