Hustle demi hasil: Kehidupan Sebenar Pekerja Gig

Published on 1 Nov, 2024
Share

Sejak empat tahun lalu, Encik Mohammad Shaffiee Abdullah tinggalkan pekerjaannya di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan menjaga anak sulungnya yang mengalami autisme. Untuk terus menampung kos sara hidup keluarganya, beliau terpaksa ‘hustle demi hasil’.
Dalam podcast NoTapis kali ini, kami membincangkan bagaimana undang-undang baru pekerja platform boleh mempertingkat perlindungan dan perwakilan sewajarnya bagi golongan pekerja ini, sebagaimana yang dinikmati pekerja biasa hari ini bersama Encik Mohammad Shaffiee Abdullah dan Pengarah Divisyen Operasi dan Mobilisasi NTUC, Encik Mohd Fahmi Aliman.

See omnystudio.com/listener for privacy information.